Sunday 6 March 2011


TAJUK
Sejarah Penubuhan Dan Kegiatan Masjid Kariah Kodiang Lama Dalam,
06100 Kodiang,Kedah Darul Aman.

DISEDIAKAN OLEH:
Nama         : Farahana bt. Kabri
No. Matrik : 2010841954
Kumpulan   : ASD2Cn

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd. Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151

PROGRAM:
Diploma Sains (AS 120)

TARIKH HANTAR :
05-MAC-2011


ISI KANDUNGAN

-Isi kandungan
-Abstrak
-Pendahuluan
-Pengertian masjid
-Sejarah penubuhan
-AJK pengurusan masjid
-Peranan masjid
-Kegiatan masjid
-Kemudahan yang disediakan
-Penutup
-Lampiran
-Rujukan


ABSTRAK

Seperti mana yang sedia kita maklum,masjid adalah sebuah tempat beribadah kepada Allah S.W.T dan ia merupakan salah satu simbol yang sangat penting kepada orang-orang Muslim. Masjid adalah suatu tempat di mana manusia memuji pencipta dan mengucap kesyukuran di atas kewujudan kita di muka bumi ini dengan cara yang penuh dengan perasaan rendah diri dan kesederhanaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,untuk itu, banyak masjid- masjid telah didirikan untuk tujuan tersebut bagi kegunaan penduduk.Perkara yang perlu diambil kira dalam sesebuah pembinanan masjid adalah ia mestilah menghadap ke arah Tanah Suci Mekah yakni menghadap ke arah Kiblat. 

Masjid merupakan tempat khas untuk umat Islam mendirikan solat Jumaat dan ia mestilah telah digunakan melebihi tiga kali jumaat. Selain solat jumaat, masjid juga sering digunakan sebagai tempat bagi menuntut ilmu pengetahuan dan juga berbincang mengenai hal ehwal agama Islam. Di dalam kajian yang telah saya jalankan,saya lebih menumpukan terhadap sejarah penubuhan, dan kegiatan masjid di kawasan saya iaitu Masjid Sirajiah Kg.Kodiang Lama Dalam. Masjid itu telah memberi peranan yang besar terhadap penduduk di kariah itu.Ia bukan saja merupakan tempat bagi beribadat kepada Allah S.W.T. tetapi juga sebagai tempat untuk menghimpunkan penduduk sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu,pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama penduduk di kawasan tersebut. Semua aktiviti ini dirancang oleh ahli jawatankuasa masjid dan penduduk setempat  bagi mengimarahkan lagi masjid di kawasan mereka.
 

Pendahuluan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianNya saya diberikan kudrat untuk menjalankan kajian dan seterusnya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini dengan lancar. Ini adalah dengan berkat keizinanNya,bimbingan daripada pensyarah CTU saya iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin,bantuan yang tidak putus –putus daripada ibu bapa dan juga rakan- rakan. Tidak lupa juga kepada En.Harun bin Hussin seterusnya penduduk Kg.Kodiang Lama Dalam yang telah banyak memberi maklumat dan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.

Saya telah memilih untuk melakukan kajian berkaitan Masjid Sirajiah kerana keluarga saya merupakan penduduk tetap di kampung ini dan rumah saya terletak berhampiran dengan masjid tersebut. Jadi ini memberikan kemudahan kepada saya untuk menjalankan kajian mengenai masjid ini. Saya mengambil masa selama empat hari untuk mengumpul makumat mengenai masjid ini. Skop kajian saya ialah sejarah penubuhan dan organisasi penubuhan masjid, dan kegiatan masjid serta kemudahan yang disediakan bagi penduduk di kawasan Kg.Kodiang Lama.

Saya amat gembira ketika melakukan kajian ini kerana  banyak info yang saya perolehi.Sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja mengenai masjid di kampung saya itu,namun setelah kajian ini dilakukan,maklumat saya tentang masjid ini semakin bertambah dan lebih mendalam. Ternyata masjid ini memberikan sumbangan yang amat besar kepada penduduk di kawasan saya. Saya berharap masjid ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran penduduk yang datang untuk beribadah  disamping melibatkan diri dengan segala aktiviti yang telah dirancang. Saya yakin penduduk Kg Kodiang Lama ingin menjadikan masjid ini antara salah satu masjid terbaik di daerah Kubang Pasu. Insyaallah..


Pengertian masjid

Masjid secara bahasanya dimaksudkan sebagai tempat sujud (sejadah) iaitu tempat untuk mengerjakan sembahyang. Ataupun secara syar’i, masjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk digunakan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin dan juga untuk beriktikaf atau bertekun  kepada Allah S.W.T. Untuk itu pakaian yang baik haruslah dipakai di dalam masjid dengan tanpa berlebihan atau membazir.
Di antara dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ

“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah….”
Hadis ini membawa pengertian bahawa seluruh bumi adalah masjid kerana sembahyang boleh dikerjakan di mana- mana sahaja di atasnya. Akan tetapi tempat yang benar-benar khusus untuk mengerjakan solat adalah di dalam masjid.Banyak kelebihan yang diperoleh bagi sesiapa yang mengimarahkan masjid (rumah Allah).


Sejarah penubuhan &
Ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Sirajiah


Usaha untuk mendirikan sebuah masjid telah lama disuarakan oleh penduduk Kg.Kodiang Lama Dalam. Hal ini kerana pada asalnya cuma ada sebuah surau yang didirikan di kawasan tersebut iaitu di Telaga Surau. Kemudian ia dipindahkan ke Bukit Keplu. Di Bukit Keplu penduduk menjalankan solat jumaat disana tetapi ia tidak dijadikan masjid kerana keluasan tanah yang terhad. Selepas itu,ia dipindahkan lagi ke Tanah Rumah Tok Haji Dun. Disitu barulah dijadikan masjid pertama kepada penduduk kampung. Tapak masjid itu pada asalnya adalah tanah hak orang lain tetapi telah diwakafkan tanah tersebut. Terdapat empat orang imam telah menjadi imam di situ. Imam yang pertama ialah Haji.Jusuh bin Haji Salleh,kedua ,Lebai Seman bin Salleh,ketiga, Haji Hussin bin Haji Jusuh dan keempat,Ku Ibrahim bin Ku Ahmad. Ku Ibrahim bin Ku Ahmad berkhidmat sebagai imam selama 21 tahun. Kemudian barulah didirikan Masjid Sirajiah.

Masjid Sirajiah Kg.Kodiang Lama Dalam telah siap dibina sekitar  tahun 1959.  Tapak masjid itu adalah merupakan tanah wakaf daripada seorang penduduk di kampung tersebut.Nama Sirajiah itu diambil daripada perkataan Sirat iaitu nama tuan tanah yang mewakafkan tanahnya untuk dijadikan masjid iaitu Haji Siraj bin Lebai Idris. Seterusnya beliau menjadi imam yang pertama di masjid itu. Beliau adalah imam yang paling lama berkhidmat bermula tahun 1948 sehingga 1988 iaitu selama 40 tahun. Setelah Haji Sirat meninggal dunia jawatan imam dipegang oleh Haji Ismail bin Hussin. Beliau menjadi imam selama 10 tahun semenjak tahun 1988 sehingga 1998. Kemudian Haji Hussin bin Rejab bermula tahun 2001 sehingga sekarang.

Pada awal pembinaan masjid ini,keseluruhan masjid ini dibina daripada kayu,kemudian barulah ia dirobohkan dan ditukarkan kapada pembinaan batu secara berperingkat-peringkat dan dibaikpulih infrastrukturnya. Pada hari ini Masjid Sirajiah boleh memuatkan kira-kira 650 orang jemaah pada satu-satu masa. Sekiranya tidak mencukupi contohnya pada hari raya Aildilfitri dan Aidiladha ruang kosong ditepi masjid akan digunakan.

Tapak Masjid Sirajiah seluas satu ekar dan terletak di tengah-tengah di kawasan Kg.Kodiang Lama Dalam. Di dalam kawasan masjid itu terdapatnya sebuah dewan serbaguna dan tadika kemas. Dewan serbaguna itu dibina pada tahun 1997. Ia bertujuan bagi memudahkan penduduk menjalankan pelbagai aktiviti disitu. Manakala tadika kemas itu dibuka semenjak tahun 1999. Tadika itu dibuka kepada kanak-kanak yang berumur lima dan enam tahun. Pada tahun ini seramai 28 orang kanak-kanak telah belajar disitu. Pembinaan tadika itu memberi banyak manfaat khususnya kepada kanak-kanak dan amnya kepada ibu bapa kerana disamping anak-anak dapat menimba ilmu ibu bapa juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Apabila terbinanya masjid ini satu organisasi ataupun  jawatankuasa masjid yang dikenali sebagai qariah telah ditubuhkan bagi menguruskan dan melancarkan perjalanan masjid. Perlantikan ini dibuat berdasarkan kesepakatan daripada penduduk kampung dan diikuti dengan beberapa mesyuarat yang diadakan. Manakala sebelum seseorang itu layak menjadi pegawai masjid,mereka perlu membuat permohonan di pejabat agama Kubang Pasu dan akan ditemuduga terlebih dahulu bagi satu-satu jawatan. Setelah itu tertubuhlah ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Sirajiah Kg.Kodiang Lama Dalam. Apabila ingin melakukan sesuatu aktiviti,mereka inilah yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sempurna.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID SIRAJIAH,
KG.KODIANG LAMA DALAM



AHLI JAWATANKUASA KARIAH
Pengerusi                   :Tn.Haji Hussin bin Rejab
Timbalan pengerusi    : Ustaz Ku Nasaruddin bin Ku Salleh
Setiausaha                 : Tn.Haji Shaffie bin Haji Isa
Bendahari                  : En. Sharif Hassan bin Sharif  Jaafar
Ahli jawatankuasa      : En. Harun bin Hussin
                                 : En. Abdul Aziz bin Hat


PEGAWAI MASJID
Imam       : Tn. Haji Hussin bin Rejab
Bilal         : Tn. Haji Sharif  Talib bin Sharif  Jasin
               : En. Hamid bin Hussin
Siak         : En. Ghazali bin Abidin


Peranan masjid

 TEMPAT SUCI

Institusi Masjid merupakan sebuah rumah suci yang menjadi tunjang kepada kesucian Islam tanpa dicemari oleh sebarang unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam.

PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI

 
Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Hal ini kerana ayat-ayat Al-Quran merupakan ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. jadi ianya perlu dipelihara dengan sebaiknya agar tidak terus luput.

PUSAT BELAJAR AL-QURAN  DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN) 

Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi sebaiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.

MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM 

Apabila mendirikan sesuatu pembangunan maka haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid kerana disitu terdapatnya keredhaan Allah S.W.T. Sekiranya kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu untuk mengerjakan ibadah.

PUSAT TAMADUN ISLAM 

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka segalanya di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi hadapan. Disamping itu,masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau seperti mempamerkan gambar dan sejarah tokoh-tokoh pada zaman dahulu.


Kegiatan masjid

Harian
Ø  
     SOLAT SECARA BERJEMAAH
Solat berjemaah diadakan setiap kali masuknya waktu sembahyang.Kebiasaannya ramai penduduk ke masjid apabila tibanya solat Maghrib dan Isyak. Solat ini akan diimamkan oleh imam yang bertugas pada waktu-waktu tersebut. Kadang kala apabila selesai menunaikan solat ,para jemaah yang hadir akan diberikan sedikit tazkirah oleh imam agar tidak menjadi lalai dan alpa dengan hal-hal dunia. Untuk mendapat keredhaanNya kita hendaklah mengimbangi urusan-urusan duniawi dan ukhrawi. Selalunya pada waktu pagi kepada jemaah yang tidak melakukan apa-apa aktiviti,mereka akan bersarapan dan minum pagi di masjid bersama-sama.


MINGGUAN

Ø     CERAMAH
Ceramah di masjid ini diadakan pada hari Sabtu malam pada setiap minggu. Ceramah ini selalunya disampaikan oleh penceramah dari luar. Tajuk –tajuk  ceramah biasanya berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Kehadiran penduduk selalunya agak ramai pada hari tersebut. Ceramah ini akan diberikan selepas solat Isyak.

Ø    MAJLIS ILMU
Pada setiap hari rabu malam khamis majlis ilmu akan diadakan di masjid ini.Ia dilakukan pada setiap minggu selepas solat Maghrib ditunaikan.Majlis ini akan disampaikan oleh jemputan dari luar.


MINGGU
PENCERAMAH
TAJUK
Pertama
Ustaz Ku Nasaruddin
tauhid
Kedua
Ustaz Ridhwan
fekah
Ketiga
Ustaz Zulkarnain
tafsir
Keempat
Ustaz Haji Asri
akidah


Ø    MAJLIS BACAAN YAASIN
Selalunya majlis bacaan yaasin diadakan pada hari Khamis malam jumaat di Masjid Sirajiah. Majlis ini dihadiri oleh muslimin dan muslimat kampung. Bacaan yaasin akan dibaca selepas menunaikan Solat Maghrib. Kebiasaannya imam yang akan memimpin bacaan ini. Setelah selesai majlis ini akn diteruskan dengan menunaikan Solat Isyak secara berjemaah. Dan sedikit makanan akan dibekalkan kepada jemaah sebelum mereka meninggalkan masjid.


Bulanan (bulan ramadhan)

Ø    SOLAT TARAWIH BERJEMAAH
Solat tarawih secara jemaah dilakukan sepanjang bulan ramadhan di masjid ini. Solat ini akan diimamkan oleh imam-imam yang bertugas. Kadang kala ada juga terdapat imam jemputan dari luar seperti golongan tahfiz. Pada bulan puasa inilah masjid akan meriah dengan kehadiran jemaah muslimin dan muslimat serta kanak-kanak.  Pada malam ke 17 Ramadhan akan dilakukan sedikit ceramah semperna hari Nuzul Al-Quran yakni hari Al-Quran diturunkan. Sebelum mereka meninggalkan masjid,para jemaah akan diberikan sedikit makanan hasil sumbangan dari pihak-pihak tertentu.Pada bulan Ramadhan kita digalakkan untuk melakukan ibadah lebih dari bulan-bulan yang lain kerana Bulan Ramadhan merupakan bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Jadi banyak ganjaran yang diperolehi apabila tibanya bulan ramadhan.

Ø    MAJLIS BERBUKA PUASA
Majlis ini diadakan pada hari-hari tertentu sahaja pada bulan puasa. Pada hari tersebut penduduk kampung akan membawa keluarga mereka untuk berbuka puasa beramai-ramai di masjid. Makanan ini datangnya dari pihak-pihak tertentu yang memberi sumbangan. Selain itu,diadakan juga majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di kampung itu. Dan di dalam majlis itu pihak masjid akan menghulurkan sedikit hadiah kepada mereka.


Tahunan
Ø  
     GOTONG-ROYONG
Aktiviti ini dilakukan bagi membersihkan kawasan sekitar masjid. Kebersihan merupakan separuh daripada iman.Masjid adalah tempat untuk menunaikan ibadah jadi ia perlulah dalam keadaan yang bersih. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan kawasan masjid,mencuci tandas, menyusun naskah-naskah Al-Quran dan lain-lain. Sebelum bersurai,mereka akan diberi makanan tengah hari setelah letih menjalani gotong-royong.

Ø    HARI ASYURA
Hari asyura jatuh pada 10 Muharram pada setiap tahun baru Islam.Jadi pihak masjid tidak ketinggalan untuk menyambut hari itu. Pada malam sebelum hari itu,mereka akan membahagikan bahan yang hendak dibuat contohnya merebus kacang.pada esok harinya,barulah penduduk akan bersama-sama menyediakan bahan-bahan untuk membuat bubur asyura. Bubur Asyura ini biasanya siap pada waktu petang,setelah itu akan diagihkan bubur tersebut kepada penduduk kampung.


Ø    HARI KELUARGA
Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh penduduk.Pada hari ini mereka akan keluar beramai-ramai untuk melibatkan diri dalam acara sukaneka yang dijalankan.Acara ini akan dilakukan di luar kawasan masjid,selalunya akan dijalankan di kawasan Gua Kerbau.Gua itu merupakan tempat untuk berekreasi. Jadi aktiviti akan dilakukan di sana.Acara yang terlibat adalah sesuai untuk semua peringkat umur dan hadiah yang dimenangi juga adalah berbaloi.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pada 12 Rabiulawal yang lalu,pihak masjid telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul.Sambutan ini diadakan pada 22 Februari 2011 yg lalu. Ia dilakukan pada waktu malam selepas Solat Isyak. Majlis ini dibuat di halaman hadapan Masjid Sirajiah.Ahli panel pada malam itu adalah Syeikh.Abdullah bin Awang iaitu Ketua Penolong Pengarah Dakwah (JHEAIK) dan Ustaz Haji Mohd. Isa bin Haji Abd.Rahman iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Kedah. Moderator pada malam itu ialah Ustaz Haji Shahidan bin Haji Abdullah iaitu penyelaras masjid-masjid daerah Kubang Pasu.



Ø     SAMBUTAN HARI RAYA & MAAL HIJRAH

      Pada setiap Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha akan dilakukan sembahyang sunat hari raya secara beramai-ramai. Selesai sahaja menunaikan solat sunat imam akan membacakan khutbah hari raya dan dibuat bacaan tahlil bagi yang meninggal dunia. Pada Hari Raya Aidilfitri,sebelum meninggalkan masjid kanak-kanak akan mendapat duit raya daripada pihak masjid. Manakala selepas Solat Hari Raya Aidiladha akan dilakukan sembelihan binatang. Hari Raya Korban yang lalu pihak masjid telah mengorbankan 2 ekor lembu dan diagihkan kepada masyarakat kampung. Semperna Maal Hijrah pula,di Masjid Sirajiah akan dilakukan majlis bacaan doa & bacaan yassin.


Kemudahan yang disediakan




MIMBAR
AL-QURAN

TABUNG MASJID


 DEWAN BERSAMA
BEDUK
WAKTU SOLAT

Penutup
 Masjid adalah rumah Allah yang kita sama-sama patut mengimarahkannya dan lindunginya.Diharap pembinaannya manusia akan berlumba-lumba untuk mengerjakan segala ibadat kepadaNya.Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita sepatutunya berganding bahu bagi menjaga kebajikan dan kebersihan masjid agar ianya tetap terpelihara dan memberi keselesaan kepada orang ramai. Masjid bukan hanya tempat untuk kita tunduk menyembah kepada Yang Maha Esa, tetapi juga merupakan tempat kita mendalami ilmu agama disamping menyampaikan dakwah Islam. Oleh itu diharap dengan terbinanya masjid ini dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya. Insyaallah.


Lampiran

AJK KHAIRAT KEMATIAN

 EN.HARUN BIN HUSSIN (ORANG SUMBER)

 MARHABAN PADA MAJLIS MAULIDUR RASUL

TADIKA KEMAS DI KAWASAN MASJID 

 Rujukan

       Internet
·     konsultansisyariah.com

      Orang sumber

·     Harun bin Hussin
Umur      : 68 tahun
Jawatan  : jawatankuasa kariah

·     Haji Hussin bin Rejab
Umur  :72 tahun
Jawatan  : imam

·     Kabri bin Azizan (penduduk)
Umur  :48 tahun
Pekerjaan  : pesawah

·     Faridah bt. Abd. Ghani (penduduk)
Umur  :40 tahun
Pekerjaan  : surirumah
        Buku

·     Pengurusan masjid & surau
Pengarang  : Haji Ahmad bin Zaidi
Penerbit  :pustaka ilmiah.sdn.bhd (2007)